Rockstar Games telah memperkenalkan permainan GTA : San Andreas untuk pengguna Android serta iOS sebelum ini, dan hari ini mereka turut menerbitkannya di Windows Phone Store membolehkan pengguna Windows Phone turut memainkannya.
Seperti semua sedia maklum, ini merupakan permainan yang sama dengan versi PC yang telah diperkenalkan beberapa tahun yang lepas. Untuk peranti mudah-alih, Rockstar mengemaskini beberapa paparan grafiknya, disamping turut mengoptimasikan ia untuk kawalan menggunakan skrin sentuh.
Grand Theft Auto San Andreas ini dilihat hanya disokong untuk pengguna Lumia 1520, Lumia 1320, Lumia 822, Lumia 820, Lumia 810 dan juga HTC 8XT sahaja buat masa ini.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini pada harga RM21.49 dari Windows Phone Store hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun GTA San Andreas untuk Windows Phone