BlackBerry “Jakarta” Mungkin Diperkenalkan Pada MWC Bulan Hadapan

BlackBerry “Jakarta” Mungkin Diperkenalkan Pada MWC Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jan 27, 2014 oleh .

BlackBerry dibawah CEO baru telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Foxconn pada tahun lepas, dan salah satu peranti hasil kerjasama mereka, dijangka akan diperkenalkan pada MWC 2014 yang akan diadakan pada penghujung bulan hadapan.

Salah satu model yang bakal diperkenalkan dikenali dengan nama kod “Jakarta”, dimana ia dilihat menyasarkan untuk pengguna dinegara-negara membangun dan mungkin akan dijual di Indonesia terlebih dahulu sebelum pasaran lain.

BlackBerry “Jakarta” ini dijangka akan menyertakan papan kekunci fizikal bersama-sama dengannya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diperkenalkan oleh BlackBerry pada bulan hadapan di Barcelona.


TIPS & ULASAN