Microsoft Menjenamakan Semula SkyDrive Kepada OneDrive

Microsoft Menjenamakan Semula SkyDrive Kepada OneDrive

Diterbitkan pada Jan 27, 2014 oleh .

Pada tahun lepas, ia sedia dikatakan Microsoft bakal mengubah jenama SkyDrive kepada yang baru disebabkan penggunaan nama “Sky” yang dimiliki pihak lain. Kini, melalui sebuah video yang diterbitkan di YouTube, ia dilihat SkyDrive akan dikenali sebagai OneDrive.

OneDrive

Menggunakan OneDrive, pihak Microsoft dilihat menekankan kepada “satu” lokasi untuk perkongsian semua dokumen dan fail, termasuk gambar.

Laman OneDrive.com dilihat sudah pun aktif, dan Microsoft mengatakan mereka akan membawakan semua perkara yang hadir pada SkyDrive, disamping membawakan pelbagai penambahan lain bersama-sama dengannya.

Layari : OneDrive


TIPS & ULASAN