Microsoft Mendapatkan Hak Untuk Permainan “Gears of War”

Microsoft Mendapatkan Hak Untuk Permainan “Gears of War”

Diterbitkan pada Jan 27, 2014 oleh .

Microsoft Studios hari ini mengumumkan yang mana mereka telah mendapatkan hak untuk permainan Gears of War daripada Epic Games, sekaligus membolehkan mereka menerbitkan dan mengawal permainan siri tersebut yang sedia ada ataupun yang akan datang.

Gears of War

Perkara ini sekaligus membuatkan permainan Gears of War mungkin akan eksklusif untuk pengguna Xbox. Epic Games juga pada masa yang sama melesenkan teknologi Unreal Engine 4 kepada Microsoft.

Bagi yang tidak mengenali permainan Gears of War, ia merupakan salah satu permainan aksi tembak-menembak berasaskan sains fiksyen, dan memfokuskan kepada pandangan pihak ketiga. Sehingga kini, ia hanya diterbitkan untuk Xbox 360 dan juga Windows.

Permainan siri baru untuk Gears of War ini dikatakan telah pun dalam pembangunan oleh Black Tusk Studios, dan mungkin kita akan dapat melihat ia diterbitkan Microsoft tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN