Aplikasi Mega Diperkenalkan Untuk Pengguna BlackBerry 10

Aplikasi Mega Diperkenalkan Untuk Pengguna BlackBerry 10

Diterbitkan pada Jan 28, 2014 oleh .

MegaMega, perkhidmatan storan awan daripada Kim Dotcom kini dilihat terus memperluaskan tawaran mereka, dimana mereka telah pun menerbitkan aplikasi rasmi mereka di BlackBerry World untuk membolehkan pengguna BlackBerry 10 menggunakan ia pada peranti mereka.

Versi yang diterbitkan ini boleh dikatakan sebagai salah satu port daripada versi Android. Tetapi dengan menerbitkan ia pada BlackBerry World, tidak lagi memerlukan pengguna untuk sideload pada peranti mereka seperti sebelumnya.

Dengan menggunakan Mega, ia menawarkan ruangan storan percuma sehingga 50GB, dimana pihak Mega turut memfokuskan kepada enkripsi dan memastikan fail yang disimpan selamat berbanding perkhidmatan lain.

Bagi pengguna BlackBerry 10, anda boleh memuat-turun aplikasi Mega ini secara percuma dari BlackBerry World hari ini.

Muat-Turun Mega untuk BlackBerry 10


TIPS & ULASAN