Kementerian Kesihatan Memperkenalkan Aplikasi MyNutri Untuk Android

Kementerian Kesihatan Memperkenalkan Aplikasi MyNutri Untuk Android

Diterbitkan pada Jan 28, 2014 oleh .

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah laman web baru dinamakan sebagai MyNutri, dimana bersama-sama dengannya, mereka turut menawarkan sebuah aplikasi Android untuk pengguna.

MyNutri memfokuskan kepada perkongsian info dan maklumat berkenaan dengan pemakanan sihat kepada para pengguna, disamping pada masa yang sama membolehkan pengguna memantau pengambilan kalori dan sebagainya. Beberapa resipi makanan sihat juga turut dilihat disediakan melalui perkhidmatan baru ini. Kementerian Kesihatan turut menyediakan panduan untuk bersukan berdasarkan kepada pengambilan makanan harian kita melalui aplikasi MyNutri untuk Android ini.

Bagi kami, rekaan laman web untuk MyNutri ini boleh dikatakan kurang menarik perhatian, tetapi aplikasi Android untuknya dilihat lebih menarik dan sesuai untuk pengguna.

Jika anda menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini dan mula mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat hari ini.

Muat-Turun MyNutri untuk Android

Layari : Laman MyNutri


TIPS & ULASAN