HTC One Berwarna “Emas” Mula Ditawarkan Di Pasaran Malaysia

HTC One Berwarna “Emas” Mula Ditawarkan Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Jan 28, 2014 oleh .

HTC pada penghujung tahun lepas telah memperkenalkan variasi peranti HTC One mereka dalam pilihan warna emas. Kini, selang beberapa bulan selepas pengumumannya, peranti HTC One dengan pilihan warna emas dilihat telah mula ditawarkan di pasaran tempatan.

HTC One emas

Seperti biasa, ia mengekalkan pelbagai spesifikasi yang sama dengan HTC One yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan hanya membawakan perubahan dari segi warna sahaja.

Di Malaysia, buat masa ini ia ditawarkan melalui Maxis dan juga DiGi. Pihak HTC Malaysia turut mengatakan ia akan ditawarkan melalui para pengedar HTC lain di Malaysia bermula penghujung Februari ini kelak. Ia masih mengekalkan harga jualan HTC One, iaitu RM2199.


TIPS & ULASAN