“Jarvis” Daripada Intel Lebih Pantas Kerana Tidak Bergantung Sepenuhnya Pada Awan

“Jarvis” Daripada Intel Lebih Pantas Kerana Tidak Bergantung Sepenuhnya Pada Awan

Diterbitkan pada Jan 28, 2014 oleh .

Intel Smart Headsetheadset pintar, dikenali dengan nama kod “Jarvis”. Ketika itu, pihak Intel sedia menjanjikan yang mana ia akan turut hadir dengan sokongan pembantu peribadi maya berasaskan suara bersama-sama dengannya.

Berkongsi lebih lanjut mengenainya, kini Intel dilihat mengatakan ia tidak akan bergantung sepenuhnya kepada awan, sekaligus menjadikan input dan penerimaan balasan lebih pantas berbanding beberapa perkhidmatan lain hari ini.

Pada hari ini, perkhidmatan seumpamanya iaitu Siri dan Google Now dilihat menggunakan sokongan teknologi awan, memerlukan data dihantar terlebih dahulu sebelum pengguna dapat menerima balasan.

Buat masa ini, “Jarvis” masih tidak bersedia sepenuhnya untuk pasaran. Dengan perkembangan ini, semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah teknologi pembantu peribadi daripada pihak Intel ini akan berfungsi sepenuhnya kelak.


TIPS & ULASAN