Opera 19 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows Dan Mac

Opera 19 Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows Dan Mac

Diterbitkan pada Jan 28, 2014 oleh .

Opera Software hari ini telah memperkenalkan versi terbaru pelayar web mereka untuk desktop, iaitu Opera 19, sekaligus membolehkan pengguna Windows dan Mac memuat-turun dan menggunakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Opera

Opera 19 kini menyertakan salah satu sokongan yang dinantikan ramai, iaitu bookmark-bar membolehkan pengguna mengakses laman-laman yang digemari mereka dengan hanya satu klik. Sokongan ini perlu diaktifkan melalui laman tetapan terlebih dahulu sebelum ia dapat digunakan.

Pada masa yang sama, kini pengguna boleh mengubah tema pelayar web dengan mudah, dimana anda hanya perlu klik-kanan pada gambar dan memilih “Use Image as Theme”.

Bagi pengguna pelayar web Opera, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, ataupun memuat-turun versi terkini daripada laman rasmi Opera untuk Windows dan juga Mac.

Muat-Turun Opera 19 untuk desktop[/download]


TIPS & ULASAN