Samsung Membuka Pusat Sehenti Terbesar Di Malaysia

Samsung Membuka Pusat Sehenti Terbesar Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 28, 2014 oleh .

Samsung Malaysia Electronics hari ini telah membuka pusat sehenti mereka yang terbaru, dinamakan sebagai Samsung Premium Care & Experience Center, dimana menawarkan akses kepada pengalaman dan gaya hidup Samsung pada satu lokasi dengan mudah.

Samsung Premium Care & Experience Center

Samsung Premium Care & Experience Center

Pusat ini dikatakan sebagai hab untuk pengguna, membolehkan mereka mendapat bantuan termasuk membaiki peranti mereka, disamping pada masa yang sama melihat dan mencuba pelbagai produk dan peranti baru yang ditawarkan Samsung.

Pusat ini terletak di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara dan meliputi kawasan seluas 14,000 kaki persegi. Bersempena dengan pembukaan ini, pihak Samsung turut menyediakan beberapa promosi khas untuk Tahun Baru Cina ini, dimana pengguna boleh menyemaknya sendiri di Samsung Premium Care & Experience Center.


TIPS & ULASAN