Cari @ Amanz

FileZilla merupakan salah satu perisian FTP yang amat diminati kami – dimana digunakan ramai untuk memuat-naik fail dan dokumen ke pelayan web untuk diterbitkan. Namun, kini dilihat salah satu variasi perisian tersebut tersebar, dan hadir dengan malware padanya.

FileZilla Malware

Menurut Avast, perisian FileZilla (yang mengandungi malware) ini membawakan paparan yang sama, dan boleh digunakan sepenuhnya. Namun, ia dikatakan menyertakan kod untuk mencuri data log masuk ke pelayan, sekaligus membahayakan pelayan yang digunakan pengguna.

Untuk mengelakkan anda terjebak dengan perisian palsu ini, pastikan anda memuat-turunnya daripada laman rasmi FileZilla dan bukannya daripada laman-laman lain yang menyertakan adware dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd