Sokongan Awal Chrome Apps Pada Peranti Mudah-Alih Diperkenalkan Untuk Pembangun

Sokongan Awal Chrome Apps Pada Peranti Mudah-Alih Diperkenalkan Untuk Pembangun

Diterbitkan pada Jan 29, 2014 oleh .

Dengan pengenalan sokongan Chrome Apps versi baru pada tahun lepas, ia sedia dinantikan ramai untuk ia hadir ke peranti mudah-alih. Kini, Google dilihat telah memulakan langkah untuknya, dengan dokumentasi awal diperlihatkan untuk pembangun membangunkan aplikasi untuk Chrome pada Android dan iOS.

Chrome Mobile Apps

Buat masa ini, pihak Chromium dilihat berkongsi toolchain, membolehkan pembangun membangunkan aplikasi Chrome mereka dan menawarkannya sebagai aplikasi natif melalui Google Play atau Apple AppStore.

Beberapa API untuk Chrome turut disediakan untuk membolehkan pembangun mengintegrasikannya pada aplikasi mereka dan digunakan pada peranti mudah-alih.

Ini boleh dikatakan sebagai salah satu permulaan, sebelum pelbagai aplikasi web diterbitkan oleh pembangun ditujukan untuk pengguna iOS dan juga Android.


TIPS & ULASAN