Cari @ Amanz

Gingerbread boleh dikatakan salah satu versi Android yang masih aktif digunakan pengguna, dimana mempunyai angka pengguna kedua tertinggi selepas Jelly Bean. Mengambil berat mengenainya, kini dilihat pihak BlackBerry tidak ingin melupakan pengguna Gingerbread, dan akan menawarkan aplikasi BBM mereka untuk Android 2.3 tidak lama lagi.

Daripada apa yang dikongsikan pihak BlackBerry, kemaskini aplikasi Android akan diperkenalkan pada bulan Februari kelak, yang mana akan membawakan sokongan untuk pengguna Gingerbread.

Buat masa ini, aplikasi BBM untuk Android hanya menyokong versi Ice Cream Sandwich dan terkini sahaja, yang mana membuatkan pengguna dengan peranti Android Gingerbread tidak boleh digunakan. Ini sekaligus membuatkan pengguna Gingerbread menggunakan beberapa aplikasi permesejan lain seperti WhatsApp dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai salah satu kerugian untuk pihak BlackBerry.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd