Pengambil-Alihan P1 Mula Kedengaran Kembali – Nama TM Dan DiGi Disebut-sebut

Pengambil-Alihan P1 Mula Kedengaran Kembali – Nama TM Dan DiGi Disebut-sebut

Diterbitkan pada Jan 29, 2014 oleh .

Desas-desus berkenaan dengan pengambil-alihan syarikat telekomunikasi Packet One (P1) merupakan salah satu perkara yang telah diperkatakan sejak tahun lepas. Kini, perkara tersebut dilihat kedengaran kembali.

Mengikut laporan TheStar, ia dikatakan P1 sedang melangkah setapak kehadapan dalam menyediakan pelbagai dokumen dan sebagainya. Namun, ia tidak diketahui lagi siapakah pihak yang akan mengambil-alihnya.

Antara nama yang disebut-sebut adalah DiGi dan juga Telekom Malaysia.

Sekiranya TM mengambil-alih atau entiti baru lahir dinamakan “TM-P1”, ia sekaligus akan membolehkan Telekom Malaysia menyertai arena industri telekomunikasi mudah-alih dengan spektrum yang meluas, memandangkan TM sedia mempunyai spektrum 850MHz dan juga 450MHz. P1 pula dilihat mempunyai spektrum 2.3GHz dan juga 2.6GHz.

TM P1Telekom Malaysia pada tahun lepas telah dikatakan dalam persiapan untuk menyertai arena 4G. Perkara ini mungkin juga menjadi titik tolak untuknya, apatah lagi dengan pusat pemancar P1 yang sedia meliputi sebahagian di Malaysia.

Untuk DiGi pula, sekiranya mereka mengambil-alih P1, mereka akan mendapat akses meluas ke spektrum, sekaligus membolehkan mereka bersaing dengan lebih aktif dengan Maxis dan juga Celcom.

Seperti biasa, ia boleh dikatakan masih pada peringkat desas-desus buat masa ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada masa akan datang.

P1 dilaporkan bernilai RM1.45 bilion pada tahun 2010 yang lepas.


TIPS & ULASAN