Cari @ Amanz

Format fail GIF direka oleh Compuserve pada tahun 1987. Dua tahun selepas itu format GIF89a diperkenalkan yang membenarkan lebih dari sebuah gambar digabungkan ke dalam sebuah filem bagi menghasilkan gerakan ataupun animasi. Kepopularan GIF semakin berkurangan pada awal milenium ini apabila terdapat format animasi baru yang dapat menunjukkan animasi yang lebih bagus dengan saiz yang lebih kecil. Tetapi sejak 3 tahun kebelakangan ni GIF beranimasi menjadi popular semula. Ini adalah kerana ianya mudah dihasilkan, tidak memerlukan pemalam khas seperti Flash dan kelajuan Internet yang tinggi bermakna menanti fail GIF untuk dimuat turun tidak mengambil masa yang lama.

Laman Tumblr juga dikatakan antara penyebab mengapa berlakunya kebangkitan semula penggunaan GIF beranimasi sekarang. Bagi menghargai ribuan GIF beranimasi yang dihasilkan setiap tahun, anugerah .GIFYs akan dilangsungkan tahun ini. Anugerah ini ialah idea editor dan pereka dari laman Mashable, Buzzfeed dan Gawker. GIF beranimasi yang dicalonkan boleh diundi di dalam kategori sukan, mashup, haiwan, senireka, alam sekitar, sains, kucing  dan WTF. Terdapat juga anugerah utama untuk GIF Tahunan Terbaik.

Anda boleh mengundi GIF beranimasi yang anda sukai di laman rasmi .GIFYs . Adakah GIF beranimasi kegemaran anda tercalon?

GIFYSSumber TheGifys

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd