Lensa-kamera QX daripada Sony boleh dikatakan salah satu aksesori tambahan untuk peranti mudah-alih yang diminati ramai. Sehingga sebelum ini pihak Sony hanya memfokuskan kepada telefon pintar sahaja, dan terkini ia dilihat mereka turut menawarkan [glossary]cagak[/glossary] lensa-kamera QX untuk tablet.
Melalui cagak lensa-kamera yang ditawarkan, ia membolehkan pengguna menghubungkan dan meletakkan lensa-kamera QX pada bahagian belakang tablet dengan mudah.
Ini mungkin memudahkan kebanyakkan pengguna yang menggunakan tablet dalam merakamkan pelbagai detik kehidupan mereka, dimana menggunakan lensa-kamera QX mereka boleh merakamkan gambar yang berkualiti tinggi dengan mudah.
Buat masa ini, ia hanya diperkenalkan di Jepun sahaja, dan mungkin akan diperluaskan ke pasaran global tidak lama lagi.