Kemaskini Android 4.3 Dan Sense 5.5 Hadir Untuk Pengguna HTC Butterfly

Kemaskini Android 4.3 Dan Sense 5.5 Hadir Untuk Pengguna HTC Butterfly

Diterbitkan pada Jan 30, 2014 oleh .

HTC ButterflyBagi pengguna HTC Butterfly tempatan, ia dilihat pihak HTC telah mula memperkenalkan kemaskini untuk telefon pintar anda yang mana menyertakan Android 4.3 Jelly Bean dan juga paparan Sense 5.5 bersama-sama dengannya.

Selain perubahan kecil pada bahagian antaramuka, ia turut membawakan beberapa penambahan baru termasuk kebolehan menambah kandungan dan audio pada bahagian Video Highlights, membolehkan pengguna membuat animasi GIF daripada HTC Zoe, penambah-baikkan pada HTC Blinkfeed yang turut menyertakan sokongan offline dan langganan RSS, serta beberapa yang lain.

Bagi pengguna HTC Butterfly, anda boleh menyemak kemaskini untuk peranti anda hari ini dengan ke halaman Settings > About > Software Updates.


TIPS & ULASAN