Google Memperlihatkan Beberapa Permainan Mini Pada Google Glass

Google Memperlihatkan Beberapa Permainan Mini Pada Google Glass

Diterbitkan pada Jan 30, 2014 oleh .

Google Glass sedia menjadi bualan ramai sejak setahun dua kebelakangan ini. Selain beberapa aplikasi yang telah sedia dioptimasikan untuknya, kini pihak Google turut memperlihatkan demo ringkas untuk permainan berbentuk mini yang boleh dimainkan pada Glass.

Sebanyak lima permainan bersaiz mini disediakan Google, dimana seperti biasa boleh diakses dengan menggunakan arahan suara “Ok Glass, Play A Game”. Ketika bermain juga, pengguna dilihat boleh menggunakan arahan suara seperti untuk menembak, ataupun menggunakan tangan untuk “memotong” seperti pada permainan “Fruit Ninja”.

Permainan mini yang diperlihatkan ini boleh dikatakan sebagai eksperimen awal, disamping memberikan idea kepada pembangun lain dalam membangunkan permainan mereka untuk kaca mata pintar tersebut.

Jadi, bagi anda, apa kata anda berkenaan mengawal permainan pada kaca mata pintar? Adakah ia akan mempunyai pasarannya tersendiri?


TIPS & ULASAN