Lenovo Dilaporkan Akan Mengambil-Alih Motorola Mobility Daripada Google

Lenovo Dilaporkan Akan Mengambil-Alih Motorola Mobility Daripada Google

Diterbitkan pada Jan 30, 2014 oleh .

Kemaskini : Google mengesahkan perkara ini

Motorola MobilityBerita yang agak mengejutkan pagi ini daripada Reuters, dimana ia dikatakan pihak Lenovo bakal mengambil-alih Motorola daripada Google pada harga menghampiri $3 bilion.

Pengambil-alihan ini dikatakan akan meliputi bahagian telefon pintar termasuk beberapa paten. Motorola Mobility sebelum ini telah memperkenalkan beberapa telefon pintar yang menjadi bualan ramai, termasuk Moto X dan juga Moto G.

Sebelum ini, pada tahun 2011 yang lepas, pihak Google telah mengambil-alih Motorola Mobility pada harga sekitar $12.5 bilion. Ketika pengambil-alihan oleh Google sendiri ketika itu, ramai yang telah membuat spekulasi yang mana Google mungkin mengambil-alihnya untuk paten yang dimiliki oleh Motorola.

Pengumuman rasmi berkaitan dengan perkara ini dikatakan akan dilakukan tidak lama lagi.

Kemaskini : Google mengesahkan perkara ini


TIPS & ULASAN