Lenovo Akan Mengambil-Alih Motorola Mobility Pada Harga $2.91 Bilion

Lenovo Akan Mengambil-Alih Motorola Mobility Pada Harga $2.91 Bilion

Diterbitkan pada Jan 30, 2014 oleh .

Lenovo MotorolaSelang lebih kurang tiga puluh minit sejak laporan awal berkenaan dengannya kedengaran, kini dilihat pihak Google telah pun mengesahkan perkara tersebut, mengatakan Lenovo akan mengambil-alih Motorola Mobility pada harga $2.91 bilion.

Menurut Google, mereka telah mengambil-alih Motorola pada tahun 2012 yang lepas dalam usaha untuk menguatkan portfolio paten mereka, sekaligus membantu ekosistem Android melaluinya.

Dengan pengambil-alihan ini, pihak Lenovo dilihat akan mengambil-alih bahagian hardware Motorola Mobility, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena peranti mudah-alih. Lenovo dikatakan akan terus mengekalkan jenama Motorola, lebih kurang seperti mana mereka lakukan dengan jenama Thinkpad sebelum ini.

Google pula akan kekal memegang majoriti daripada paten Motorola, sekaligus melindungi ekosistem Android. Google turut mengatakan mereka akan meneruskan usaha mereka dalam bahagian hardware lain termasuk untuk rumah pintar, peranti-boleh-pakai dan sebagainya.

Pengambil-alihan ini kini hanya menantikan kebenaran pihak berkuasa daripada Amerika Syarikat dan China sebelum ia selesai sepenuhnya.


TIPS & ULASAN