Facebook pada hari ini masih menjadi salah satu destinasi utama untuk tujuan sosial, dan melalui perkongsian data terkini, ia dilihat kini kebanyakkan pengguna Facebook mengakses perkhidmatan tersebut melalui peranti mudah-alih.
Pada suku ke-empat 2013 yang lepas, ia dilihat Facebook mempunyai sejumlah 1.228 bilion pengguna aktif bulanan, dan pada peranti mudah-alih, sebanyak 945 juta pengguna aktif bulanan.
Mengikut trend Facebook, ia tidak mustahil untuk angka tersebut mencapai 1 bilion pada tahun ini.
Dari segi pendapatan juga, platform mudah-alih kini meliputi 53% daripada pendapatan laman sosial gergasi tersebut.
Secara keseluruhan, pada tahun fiskal 2013, Facebook dilihat telah menjana pendapatan berjumlah $7.87 bilion.