Asus sentiasa hadir dengan peranti dengan rekabentuk yang berbeza dan menarik. Kini, dengan arena jam tangan pintar yang diceburi ramai pengeluar, Asus tidak ingin ketinggalan dan dikatakan akan memperkenalkan jam tangan pintar mereka pada tahun ini.
Merekabentuk jam tangan pintar yang diminati pengguna boleh dikatakan salah satu cabaran besar untuk pengeluar. Apatah lagi satu lagi perkara adalah berkaitan masa bertahan bateri untuknya.
Asus boleh dikatakan mempunyai kerjasama yang rapat dengan pihak Intel, dan sebelum ini beberapa kali pihak Intel telah memperlihatkan konsep rekaan mereka.
Pada hari ini, Samsung dan Sony telah sedia menawarkan jam tangan pintar mereka, disamping pada CES 2014 yang lepas pelbagai pengeluar memperkenalkan jam tangan pintar masing-masing.
Asus juga dikatakan akan menawarkan peranti boleh-pakai yang lain – yang mungkin ditawarkan tidak lama lagi.