Cari @ Amanz

HTC KitkKatUntuk pengguna HTC One, HTC One Mini dan juga HTC One Max, pihak HTC dilihat kini dalam persiapan akhir sebelum memperkenalkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk peranti mereka tidak lama lagi.

Perkara ini dikongsikan pihak HTC Malaysia melalui laman Facebook rasmi mereka, mengatakan kemaskini tersebut bakal hadir tidak lama lagi untuk peranti siri HTC One.

Fungsi baru yang akan disertakan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Secara kasarnya pada Android 4.4 KitKat, kemaskini KitKat membawakan sedikit perubahan antaramuka, kebolehan menetapkan aplikasi permesejan pilihan untuk SMS, sokongan wireless printing, dan kebolehan untuk mengubah kepada runtime ART.

Mungkin kita akan mendengar berkenaan fungsi baru yang dibawakan oleh HTC melalui kemaskini Android 4.4 KitKat mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd