Intel Bakal Menamatkan Perkhidmatan AppUp Pada Bulan Mac Ini

Intel Bakal Menamatkan Perkhidmatan AppUp Pada Bulan Mac Ini

Diterbitkan pada Jan 30, 2014 oleh .

Intel AppUpIntel pada 2010 yang lepas telah memperkenalkan kedai aplikasi memfokuskan kepada pengguna Windows, dinamakan sebagai AppUp. Ia boleh dikatakan kurang mendapat perhatian pengguna sehingga kini, dan ia dilihat pihak intel bakal menamatkan perkhidmatan tersebut pada 11 Mac 2014 ini.

Perkhidmatan AppUp ini menyediakan pelbagai tawaran aplikasi menkhususkan platform Windows, membolehkan pengguna memasang pelbagai jenis perisian dan aplikasi menggunakannya. Malah, ia turut telah digunakan Rovio dalam menerbitkan permainan Angry Birds untuk pengguna Windows.

Namun, pada hari ini, ia dilihat pembangun perisian dan juga pengguna lebih bergantung kepada Windows Store dalam mendapatkan aplikasi yang digemari mereka, dan AppUp seperti tidak mendapat perhatian – berkemungkinan juga kerana kurang promosi.

Perisian yang dipasang menggunakan AppUp dikatakan akan terus berfungsi, tetapi yang bergantung kepada klien berkenaan akan berhenti berfungsi selepas 15 Mac kelak.


TIPS & ULASAN