Facebook Mengumumkan “Paper” – Aplikasi Memfokuskan Penemuan Berita Dan Artikel

Facebook Mengumumkan “Paper” – Aplikasi Memfokuskan Penemuan Berita Dan Artikel

Diterbitkan pada Jan 30, 2014 oleh .

Facebook hari ini mengumumkan sebuah aplikasi baru, dinamakan sebagai “Paper“, dimana ia direkabentuk untuk memudahkan pengguna mengikuti pelbagai berita dan cerita yang dikongsikan oleh rakan-rakan dan pengguna seluruh dunia.

Melalui Paper, ia membawakan rekabentuk yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih. Daripada apa yang dikongsikan oleh Facebook, ia akan dibahagikan kepada beberapa bahagian – termasuk News Feed. Pengguna boleh mengubah tetapan dan memaparkan apa yang ingin dilihat berdasarkan kepada tema dan topik kegemaran pengguna.

Facebook mengatakan pengguna akan diperlihatkan dengan gabungan kandungan bukan sahaja daripada penerbitan terkemuka, tetapi juga daripada individu-individu popular.

Facebook Paper

Paper ini merupakan aplikasi pertama daripada Facebook Creative Labs, dan lebih banyak aplikasi dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Paper ini dikatakan akan ditawarkan kepada pengguna iPhone pada 3 Februari ini dimana berkemungkinan hanya eksklusif untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja ketika pengenalannya.


TIPS & ULASAN