SwiftKey Note Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS

SwiftKey Note Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Jan 30, 2014 oleh .

Pengguna Android sering memuji sokongan papan kekunci SwiftKey – dan sehingga kini ia tidak ditawarkan untuk pengguna iOS. Untuk mengatasinya dan memberikan pengalaman penggunaan perkhidmatan tersebut pada iPhone, kini pembangunnya menerbitkan aplikasi SwiftKey Note.

SwiftKey Note

SwiftKey Note merupakan aplikasi pengambilan nota untuk iOS, dimana ia hadir dengan teknologi papan kekunci popular SwiftKey. Berbeza dengan Android, pengguna iOS hanya boleh menggunakan papan kekunci tersebut dalam aplikasi ini sahaja dan bukannya pada keseluruhan sistem.

SwiftKey Note ini juga hadir dengan sokongan sync ke Evernote, memudahkan lagi pengurusan nota anda pada pelbagai peranti lain.

Bagi pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi SwiftKey Note ini secara percuma dan menggunakannya dalam pengambilan nota – sekaligus mencuba teknologi input daripada SwiftKey yang diperkatakan ramai.

Muat-Turun SwiftKey Note untuk iOS


TIPS & ULASAN