ICE Unlock : Aplikasi Nyahkunci Menggunakan Imbasan Cap Jari

ICE Unlock : Aplikasi Nyahkunci Menggunakan Imbasan Cap Jari

Diterbitkan pada Jan 31, 2014 oleh .

Kami baru sahaja melaporkan Samsung Galaxy S5 mungkin akan mempunyai fungsi imbasan cap jari seperti yang digunakan pada iPhone 5S dan HTC One Max.  Kedua-dua peranti ini mempunyai sistem imbasan cap jari fizikal terbina. Majoriti peranti yang sudah terjual tidak mempunyai pengimbas jadi apakah pilihan anda sekiranya tidak mampu memiliki iPhone 5S dan One Max?

ICE Unlock ialah sebuah aplikasi yang mendakwa dapat memberikan fungsi keselamatan imbasan cap jari dengan hanya menggunakan kamera yang sedia ada. Apa yang anda perlukan hanyalah meletakkan jari pada bahagian belakang peranti dan mengimbas jari dengan menggunakan kamera. Terdapat fungsi menyahkunci menggunakan pin keselamatan sekiranya imbasan bakal dilakukan. Menurut pembangun aplikasi ICE Unlock, Diamond Fortress Unlock – sistem imbasan jari lebih praktikal kerana pengimbas fizikal mudah kotor dan menggagalkan imbasan selepas beberapa lama. Menurut mereka juga imbasan menggunakan kamera lebih murah dari menggunakan pengimbas terbina.

Kami memuat turun aplikasi ini tetapi malangnya ia memerlukan peranti dengan kamera belakang dan flash. Peranti kami ialah Xperia Z Ultra yang tidak dilengkapi flash. Ada pembaca yang sudi mencuba dan melihat sama ada ICE Unlock berfungsi seperti yang diiklankan? Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=o1zHUrX8KeQ]

ice-unlocker

Muat turun ICE Unlock Fingerprint Fingerprint Secure di Google Play


TIPS & ULASAN