Bloomberg : Satya Nadella Mungkin Dinamakan Sebagai CEO Microsoft Baru

Bloomberg : Satya Nadella Mungkin Dinamakan Sebagai CEO Microsoft Baru

Diterbitkan pada Jan 31, 2014 oleh .

Sejak pengumuman Steve Ballmer untuk berhenti menjadi CEO Microsoft pada tahun lepas, beberapa calon telah disenaraikan dan diperkatakan akan menjadi CEO baru untuk gergasi perkomputeran Microsoft. Kini, mengikut beberapa laporan baru, Microsoft dikatakan menghampiri penghujung pencarian CEO baru, dan mungkin akan menamakan calon baru tidak lama lagi.

Satya Nadella

Menurut Bloomberg, Microsoft mungkin menamakan Satya Nadella sebagai CEO baru mereka. Satya Nadella merupakan salah seorang eksekutif utama di Microsoft dalam fokus terhadap perkomputeran awan dan mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang teknikal.

Microsoft seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.

Microsoft sebelum ini telah memulakan pencarian CEO mereka, dimana pelbagai calon diperkatakan ramai, termasuk CEO Ford, Alan Mulally. Sehingga kini Microsoft hanya pernah mempunyai dua orang CEO sahaja, iaitu Bill Gates dan juga Steve Ballmer.


TIPS & ULASAN