Samsung Memperkenalkan Galaxy Note 3 Neo

Samsung Memperkenalkan Galaxy Note 3 Neo

Diterbitkan pada Jan 31, 2014 oleh .

Samsung dilihat telah pun mengumumkan satu lagi phablet terbaru daripada mereka baru-baru ini, dinamakan sebagai Galaxy Note 3 Neo. Phablet baru ini dilihat membawakan rekabentuk yang menyerupai Galaxy Note 3 yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Samsung Galaxy Note 3 Neo

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 5.5-inci Super AMOLED dengan resolusi 720p, pilihan cip pemprosesan enam-teras Exynos (1.7GHz dwi-teras dan 1.3GHz empat-teras) atau Snapdragon 600 1.7Ghz untuk variasi LTE. Ia turut menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang, kamera 2-megapixel di depan dan bateri berkapasiti 3100mAh serta memori 2GB RAM.

Galaxy Note 3 Neo ini menjalankan Android 4.3 Jelly Bean, serta turut dilengkapi dengan beberapa aplikasi popular seperti S-Finder, S-Note, Pen Windows, Multi-Window dan pelbagai perkara lain lagi.

Samsung Galaxy Note 3 Neo

Secara keseluruhan, Galaxy Note 3 Neo ini dilihat versi spesifikasi rendah untuk phablet popular daripada Samsung.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperkenalkan ia untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN