Waze Membuka Pendaftaran Ujian Beta Untuk Aplikasi Android

Diterbitkan pada Jan 31, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun lepas, pihak Google telah memperkenalkan sokongan untuk pembangun menerbitkan aplikasi dalam bentuk beta di Google Play Store. Sejak daripadanya, ramai pembangun telah menggunakan fungsi tersebut termasuk Twitter dan Facebook. Kini, Waze dilihat turut menyertai arena tersebut.

Waze

Dengan memperkenalkan sokongan dalam bentuk beta, ia membolehkan Waze untuk menguji beberapa fungsi baru dan mendapatkan maklumbalas pengguna sebelum ia diperkenalkan kepada umum dengan meluas.

Berbeza dengan beberapa program beta yang lain, untuk Waze ia dilihat tertutup – memerlukan pengguna mendaftarkan diri terlebih dahulu dan mendapatkan jemputan sebelum dapat menyertainya.

Bagi mereka yang menggunakan peranti Android, anda mungkin boleh mendaftarkan diri sebagai penguji beta Waze, dan mungkin anda akan terpilih dan menguji fungsi baru Waze jauh sebelum pengguna yang lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami