Twitter Mendapatkan Lebih 900 Paten Daripada Pihak IBM

Twitter Mendapatkan Lebih 900 Paten Daripada Pihak IBM

Diterbitkan pada Jan 31, 2014 oleh .

Twitter MusicTwitter dan IBM hari ini mengumumkan secara rasmi yang mana kedua-dua syarikat gergasi tersebut telah menandatangani perjanjian dalam kerjasama perlesenan paten, disamping Twitter akan membeli lebih 900 paten daripada IBM.

Dengan mendapatkan paten ini, ia akan membolehkan pihak Twitter untuk terus hadir dengan pelbagai inovasi sekaligus menguntungkan pengguna, disamping memudahkan mereka membangunkan perkara baru.

Antara paten yang dikatakan terlibat dalam transaksi ini adalah termasuk yang berkaitan dengan compression video, pengiklanan, dan berkaitan pengurangan trafik web.

Nilai kewangan yang terlibat dalam transaksi ini tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.


TIPS & ULASAN