Cari @ Amanz

Fungsi Markdown merupakan salah satu fungsi yang hangat diperkatakan – terutamanya dalam memudahkan penulisan di web. Kini, melalui kemaskini JetPack 2.8, pihak pembangun WordPress dilihat membawakan sokongan tersebut kepada semua pengguna CMS WordPress.

Markdown

Markdown merupakan salah satu cara mudah untuk menambah pemformatan pada teks tanpa menulis sebarang kod HTML dan sebagainya. Perkara ini merupakan salah satu sokongan yang diminati ramai penulis, memandangkan ia memudahkan dan mempercepatkan urusan penulisan mereka di web. Namun, seperti biasa, pengguna perlu mengetahui terlebih dahulu berkenaan bagaimana menggunakan markdown sebelum menggunakannya.

Selain daripada itu, Jetpack 2.8 turut membawakan beberapa kemaskini lain, termasuk penambah-baikkan pada fungsi JetPack Monitor.

Bagi pengguna WordPress yang berminat, anda boleh memuat-turun atau mengemaskini JetPack anda untuk menikmati fungsi baru yang dibawakan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd