Apple Dilaporkan Akan Hadir Dengan Sokongan Kesihatan Dan Kecergasan Pada iOS8

Apple Dilaporkan Akan Hadir Dengan Sokongan Kesihatan Dan Kecergasan Pada iOS8

Diterbitkan pada Feb 1, 2014 oleh .

Apple pada tahun ini dijangka akan hadir dengan kemaskini untuk sistem operasi mudah-alih mereka kepada versi iOS8. Salah satu perkara baru yang dikatakan akan disertakan bersama-sama dengan kemaskini tersebut adalah sokongan untuk kesihatan dan juga kecergasan.

Apple M7

Untuk tujuan tersebut, sebuah aplikasi baru akan diintegrasikan pada iOS8, dimana dikenali dengan nama “Healthbook” buat masa ini. Menggunakannya, ia dikatakan boleh mengesan beberapa perkara seperti berapa langkah perjalanan telah diambil, kalori yang dibakar, tekanan darah dan sebagainya. Beberapa fungsi ini sedia hadir melalui beberapa aplikasi lain pada hari ini – terutamanya melalui peranti boleh-pakai seperti FuelBand, Fitbit dan sebagainya.

Pengenalan fungsi ini juga dijangka akan menjadi titik pengenalan untuk peranti boleh-pakai daripada Apple sendiri. Ura-ura berkaitan dengan iWatch sedia dikatakan beberapa kali sebelum ini, dan mungkin kita akan dapat melihatnya sama ada tahun ini atau tahun hadapan.


TIPS & ULASAN