Cari @ Amanz

Percetakan 3D merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan, dimana pelbagai perkara dilihat boleh dicetak menggunakannya – daripada barangan, makanan sehinggalah ke sel manusia. Terkini, pihak Honda memperkenalkan sebuah halaman khas, menyediakan fail data 3D untukk pengguna mencetak model kereta konsepnya di rumah.

NSX Concept

Fail data 3D yang disediakan oleh Honda ini ditawarkan percuma dan dilesenkan menggunakan Creative Commons. Pengguna boleh menggunakan data tersebut, dan kemudian mencetak model kereta tersebut terus menggunakan pencetak 3D. Sebanyak lima kereta konsep disediakan Honda melalui halaman khas tersebut, iaitu Fuya-Jo, FSR Concept, Kiwami, Puyo, dan NSX Concept.

Walaupun ia hanya mencetak dalam bentuk plastik hari ini, ia mungkin tidak mustahil untuk suatu hari nanti pengguna mencetak komponen kereta dan sebagainya menggunakan pencetak 3D mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd