Cari @ Amanz

Popular ScienceBagi pengguna tempatan, pihak Perpustakaan Negara hasil bekerjasama dengan pihak Celex sedia menawarkan pelbagai pilihan majalah digital percuma untuk pengguna tempatan. Untuk tahun 2014, ia dilihat mereka mengemaskini tawaran percuma dengan beberapa koleksi majalah baru.

Antara majalah baru yang ditambah pada koleksi percuma ini adalah PC Pro, Alternative Journals, Popular Science dan sebagainya. Apa pun, beberapa majalah sedia ada dilihat tidak lagi ditawarkan, dan salah satu yang kami perasan adalah New Scientist serta tiada lagi kategori memfokuskan perniagaan dan keusahawanan.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini dan memuat-turun majalah digital secara percuma, pengguna perlu mendaftarkan akaun pada laman Celex, dan pada masa yang sama menggunakan Zinio dalam memuat-turun majalah digital tersebut.

Zinio sedia ditawarkan untuk pelbagai platform, termasuk untuk Windows 8, Android, iOS, dan Windows Phone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd