Flipboard Kini Membawakan Bentuk Bacaan Yang Lebih Menyerupai Majalah Fizikal

Flipboard Kini Membawakan Bentuk Bacaan Yang Lebih Menyerupai Majalah Fizikal

Diterbitkan pada Feb 2, 2014 oleh .

Flipboard sedia digunakan ramai untuk mengikuti pelbagai perkembangan semasa harian mahupun mingguan. Rekaannya yang memudahkan pembaca salah satu perkara yang diminati, apatah lagi dengan pengoptimasian yang dilakukan untuk skrin peranti mudah alih.

Terkini, Flipboard membawakan kemaskini kepada bahagian “Cover Stories”, dimana merupakan bahagian Flipboard memperlihatkan pelbagai artikel menarik daripada langganan pengguna. Daripada apa yang dilihat, Flipboard kini mengkategorikan ia kepada beberapa bahagian, sekaligus memudahkan pengguna mengikutinya atau melangkaui topik-topik yang tidak digemari anda.

Kemaskini baru ini bakal diperkenalkan untuk pengguna Android dan iOS secara berperingkat dalam hari-hari akan datang.


TIPS & ULASAN