Facebook Dilihat Menguji Fungsi Graph Search Untuk Aplikasi Mudah-Alih

Facebook Dilihat Menguji Fungsi Graph Search Untuk Aplikasi Mudah-Alih

Diterbitkan pada Feb 2, 2014 oleh .

Facebook sebelum ini telah sedia memperkenalkan sokongan Graph Search yang membolehkan pengguna membuat carian rakan, lokasi, gambar dan sebagainya dengan mudah. Kini dilihat Facebook turut membawakan sokongan tersebut ke aplikasi mudah-alih mereka tidak lama lagi.

Seperti pada web, kelak pengguna boleh membuat carian berasaskan lokasi, nama dan sebagainya pada peranti mudah-alih mereka dengan pantas, sekaligus memudahkan penemuan kandungan dan pelbagai perkara berkaitan rangkaian sosial dengan mudah.

Ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan diperkenalkan kepada pengguna secara meluas. Mengikut kaedah Facebook sebelum ini, ia biasanya diperkenalkan kepada akaun pengguna Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada seluruh dunia.


TIPS & ULASAN