iBag – Beg Tangan Untuk Mengelak Anda Belanja Berlebihan

iBag – Beg Tangan Untuk Mengelak Anda Belanja Berlebihan

Diterbitkan pada Feb 3, 2014 oleh .

Jika anda merupakan antara mereka yang sukar untuk mengawal perbelanjaan harian ataupun bulanan, salah satu beg tangan yang sesuai untuk anda adalah iBag.

iBag sedang dibangunkan oleh salah satu syarikat perbandingan kad kredit di Australia, dimana ia memfokuskan untuk mengelak pengguna berbelanja besar – terutamanya pada sesuatu masa atau di sesuatu lokasi.

iBag

iBag

iBag dilengkapi dengan litar tersendiri, dilengkapi dengan beberapa sensor, termasuk GPS, dan sebagainya. Ia membolehkan lokasi pengguna dikesan, dimana sekiranya pengguna menghampiri sesuatu lokasi yang ditandakan, maka ia akan memberikan beberapa amaran untuk pengguna. Sebuah tag RFID turut disertakan untuk mengesan berapa kali beg tangan dibuka dan sebagainya.

Mengikut apa yang dikongsikan pembangunnya, ia akan menghantar SMS kepada pengguna (atau ahli keluarga) – disamping ia turut boleh bertindak ke peringkat seterusnya dengan mengunci beg tangan anda daripada boleh dibuka.

Bagi mereka yang sukar untuk mengawal perbelanjaan, mungkin ini merupakan salah satu pilihan untuk anda dalam memastikan masih terdapat baki simpanan pada penghujung bulan – dan tidak perlu risau akan bil kad kredit yang tinggi. Walaubagaimanapun, seperti biasa, tanpa kehendak pengguna sendiri mungkin perkara tersebut sukar dicapai, apatah lagi terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi sistem iBag ini.

Layari : Laman Pra-Tempahan iBag


TIPS & ULASAN