Hello SMS – Aplikasi SMS Android Dengan Antaramuka Minimalis Dan Ber-Tab

Hello SMS – Aplikasi SMS Android Dengan Antaramuka Minimalis Dan Ber-Tab

Diterbitkan pada Feb 3, 2014 oleh .

Pada Android, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan untuk menguruskan mesej SMS, sekaligus tidak membuatkan pengguna terikat pada hanya satu aplikasi sahaja. Salah satu aplikasi SMS yang telah kami cuba baru-baru ini adalah Hello SMS.

Hello SMS memfokuskan kepada antaramuka yang amat mudah untuk difahami, dan memfokuskan sepenuhnya pada SMS – seperti kebanyakkan aplikasi lain.

Hello SMS

Salah satu kelebihan yang ada pada Hello SMS adalah ia membawakan sokongan tab, membolehkan pengguna melihat senarai penghantar dan penerima SMS pada bahagian kiri, dan mesej pada bahagian kanan.

Pengguna boleh melihat nama penuh penghantar dengan swipe ke kanan, ataupun melihat mesej dengan memilih sebarang nama (atau nombor) atau dengan swipe ke bahagian kiri.

Melalui pengalaman penggunaan kami, ia tidak mengalami sebarang lengah masa, dan berfungsi dengan pantas seperti biasa. Sebuah tanda “+” terletak pada bahagian atas senarai nama untuk membolehkan pengguna menghantar SMS dengan mudah kepada rakan-rakan mereka ataupun ke sesuatu nombor. Pada bahagian nama (apabila mesej dibuka), pengguna boleh mengakses ke buku alamat, atau membuat panggilan dengan hanya tap pada bahagian nama berkenaan, ataupun memilih ikon “tong sampah” untuk memadam mesej berkenaan.

Hello SMS

Hello SMS turut menyertakan sebuah ikon kamera, dimana dengan memilihnya ia akan membuka bahagian kamera (dengan pilihan galeri pada bawah), untuk memudahkan pengguna menghantar MMS kepada rakan mereka.

Bagi mereka yang inginkan suatu aplikasi berbeza untuk menghantar dan menerima mesej, mungkin boleh mencubanya hari ini.

Muat-Turun Hello SMS untuk Android


TIPS & ULASAN