Cari @ Amanz

Salah satu peranti yang dinantikan ramai sejak tahun lepas, adalah jam tangan pintar daripada pihak Apple. Walaupun ia tidak diketahui berkenaan bilakah Apple akan memperkenalkannya, namun beberapa info berkaitan dengan peranti tersebut kedengaran sedikit demi sedikit.

Mengikut NYT hari ini, ia dikatakan pihak Apple sedang menguji jam tangan mereka yang menyertakan sokongan pengecasan induktif selain lapisan solar pada bahagian skrin untuk membantunya dalam pengecasan. Melalui pengecasan induktif magnetik, ia membolehkan peranti dicas secara automatik apabila berhampiran dengan transmiter NFMR.

Seperti semua sedia maklum, teknologi pemprosesan, skrin dan sebagainya terus berkembang dari hari ke hari, tetapi salah satu masalah yang sering dihadapi ramai adalah berkenaan dengan masa penggunaan peranti.

Buat masa ini, ia masih boleh dikatakan sebagai laporan awal dan tidak diketahui adakah versi akhir peranti berkenaan akan mengintegrasikan fungsi yang sama atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd