Cari @ Amanz

Setelah melalui tempoh penyelenggaraan selama hampir tiga hari, kini CIMB kembali beroperasi seperti biasa, membolehkan pengguna membuat transaksi atas-talian, menggunakan ATM dan sebagainya.

Walaupun pelbagai perubahan dilakukan dari segi sistem, untuk pengguna umum CIMB dilihat membawakan perubahan pada bahagian nombor akaun, dimana kini ia menggunakan nombor akaun dengan 10 angka. Akaun pengguna juga dilihat bermula dengan angka “7” berbanding sebelumnya yang menggunakan angka “1”.

CIMB Baru

Pihak CIMB mengatakan nombor akaun lama masih boleh digunakan seperti biasa (kecuali untuk MyMobile dan Phone Banking). Namun, untuk kenyataan kewangan dan sebagainya ia akan hadir dengan menggunakan nombor akaun baru.

Bersama-sama perubahan ini, aplikasi CIMB untuk iOS dan juga Android turut dikemaskini membawakan sokongan untuk penggunaan nombor akaun baru.

Mungkin tidak lama lagi kita dapat melihat pihak CIMB hadir dengan beberapa sokongan baru melalui perubahan yang telah dilakukan mereka. Sebelum ini, ia dapat dilihat CIMB mengoptimasikan perkhidmatan mereka dengan perkembangan arena teknologi, termasuk pengenalan OctoPay melalui Facebook, perkhidmatan CIMB Kwik yang membolehkan akaun didaftar melalui internet, dan juga pengenalan peranti seumpama Square dinamakan CIMB Plug n Pay.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd