Bagi mereka yang menantikan peranti terbaru daripada HTC, kini mengikut desas-desus baru daripada @evleaks, ia dikatakan telefon pintar tersebut bakal diperkenalkan pada penghujung bulan Mac ini di New York.
Dikenali dengan nama kod “HTC M8”, telefon pintar ini dilihat bukan sahaja akan menyertakan kemaskini dari segi spesifikasi dan prestasi, tetapi turut bakal menyertakan beberapa perubahan lain termasuk pada antaramuka dan fungsi butang kawalan atas skrin.
HTC turut dikatakan akan hadir dengan rekaan bahagian tepi kerangka yang nipis dan mungkin membawakan skrin bersaiz 5-inci. Pada bahagian kamera pula, ura-ura mengatakan dua sensor akan disertakan untuk rakaman yang lebih baik.
Mungkin dengan bulan Mac yang semakin hampir, kita akan dapat mendengar lebih banyak info berkaitan dengan HTC M8 ini.
Selain HTC, beberapa syarikat lain yang dalam persiapan pengenalan peranti baru mereka adalah termasuk Sony (Xperia Z2) dan juga Samsung (Galaxy S5).