Bill Gates Dikatakan Akan Memfokuskan Semula Pembangunan Produk Di Microsoft

Bill Gates Dikatakan Akan Memfokuskan Semula Pembangunan Produk Di Microsoft

Diterbitkan pada Feb 4, 2014 oleh .

Dengan perubahan CEO di Microsoft, ia dilihat mungkin gergasi perkomputeran tersebut akan membuat perubahan pada pelbagai bahagian termasuk pada pengurusan mereka.

Bill Gates

Terkini, mengikut laporan Bloomberg, ia dikatakan Bill Gates mungkin meletakkan jawatan pengerusi di Microsoft, dan turut membantu dalam pembangunan produk di Microsoft. Bill Gates dikatakan akan masih kekal dalam lembaga pengarah, tetapi akan kurang memfokuskan kepada bahagian pentadbiran.

Menurut Bloomberg, Bill Gates mungkin akan bekerja di Microsoft sehari setiap minggu dalam membantu pembangunan produk.

Calon CEO Microsoft yang diperkatakan hangat akhir-akhir ini adalah Satya Nadella, dan dikatakan Bill Gates sendiri menyokong perkara tersebut.

Bill Gates boleh dikatakan antara tokoh utama dalam arena teknologi, dan masih mempunyai pelbagai pandangan hebat dalam masa depan teknologi. Bill Gates sebelum ini telah meninggalkan jawatan CEO Microsoft pada tahun 2000 yang lepas, dan mula memfokuskan sepenuhnya pada Bill & Melinda Gates Foundation sejak tahun 2008.

Pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN