Cari @ Amanz

Steam sedia popular dikalangan ramai pemain permainan video seluruh dunia. Kini, Valve dilihat membawakan beberapa perkara baru, dan salah satunya adalah Steam Music.

Steam Music

Steam Music

Steam Music dilihat merupakan salah satu perkhidmatan baru dalam memudahkan pengguna untuk mendengar koleksi lagu mereka ketika memainkan sesuatu permainan.

Menurut Valve, Steam Music Beta akan diperkenalkan tidak lama lagi pada Steam OS dan antaramuka Steam Big Picture. Ia akan memudahkan pengguna untuk mendengar lagu tanpa perlu meninggalkan antaramuka Steam.

Bagi mereka yang ingin menyertai fasa ujian beta, pihak Valve menyediakan sebuah halaman komuniti khas, membolehkan anda menyertainya dan mengikuti pelbagai perkembangan semasa melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd