Samsung Menjadualkan Unpacked 5 Pada 24 Februari – Mungkinkah Galaxy S5?

Samsung Menjadualkan Unpacked 5 Pada 24 Februari – Mungkinkah Galaxy S5?

Diterbitkan pada Feb 4, 2014 oleh .

Samsung kini dilihat telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk acara Unpacked 5 yang akan diadakan pada 24 Februari 2014 ini. Ia dilihat acara berkenaan diadakan bersempena dengan Mobile World Congress yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.

Samsung Unpacked 5

Ia tidak diketahui lagi peranti apakah yang akan diperkenalkan, namun dengan spekulasi ramai, mungkin pihak Samsung memperkenalkan Galaxy S5 pada tarikh berkenaan.

Mengikut pelbagai desas-desus sebelum ini, Galaxy S5 dilihat bukan sahaja akan menyertakan kemaskini dari segi spesifikasi, tetapi turut dijangka menyertakan antaramuka TouchWiz yang baru.

Sekiranya benar Samsung memperkenalkan telefon pintar Galaxy S5 pada acara berkenaan, maka mungkin kita akan dapat melihat ia dipasaran tempatan sekitar bulan Mac atau April kelak.


TIPS & ULASAN