Twitter telah mula memperkenalkan antaramuka web baru mereka secara berperingkat sejak beberapa minggu lepas. Akhirnya, hari ini, antaramuka web baru ini dilihat telah diperkenalkan untuk semua pengguna.
Antaramuka web baru ini membawakan paparan yang lebih berwarna putih, disamping menyertakan beberapa elemen menyerupai aplikasi Twitter rasmi mereka.
Daripada penggunaan kami sendiri, ia dilihat agak “putih” dan masih terasa agak janggal ketika menggunakannya.
Bagi anda yang menggunakan Twitter, apakah reaksi anda terhadap perubahan antaramuka baru ini? Adakah anda menyukainya ataupun sebaliknya?