Cari @ Amanz

Nokia Normandy yang dikatakan bakal menjalankan Android hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, dimana ia bukan sahaja telah kelihatan di pangkalan data pihak berkuasa di negara lain, tetapi kini turut dilihat hadir di pangkalan data SIRIM di Malaysia.

Tiada sebarang info lanjut yang hadir, selain hanya memperlihatkan sokongan rangkaian, dan beberapa yang lain. Ia dilihat Nokia telah mendapat pengesahan SIRIM untuknya pada 24 Januari yang lepas.

Nokia Normandy SIRIM

Peranti ini turut dilihat akan menyertakan sokongan dwi-SIM, selain beberapa aplikasi khusus seperti Skype, Nokia MixRadio dan lain-lain.

Mengikut spekulasi ramai, peranti ini dikatakan akan diperkenalkan penghujung bulan Februari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd