Satya Nadella Dinamakan Sebagai CEO Baru Microsoft

Satya Nadella Dinamakan Sebagai CEO Baru Microsoft

Diterbitkan pada Feb 4, 2014 oleh .

Setelah pelbagai desas-desus sebelum ini, hari ini pihak Microsoft dilihat telah menamakan Satya Nadella sebagai CEO baru untuk syarikat perkomputeran gergasi tersebut.

Satya Nadella merupakan CEO ketiga untuk Microsoft, selepas Bill Gates dan juga Steve Ballmer sebelum ini. Beliau telah menyertai Microsoft lebih kurang 22 tahun yang lepas, dan sebelum ini merupakan Vice President untuk Microsoft Cloud & Enterprise.

Satya Nadella turut dikatakan telah membantu Microsoft dalam pelbagai strategi dan pembangunan produk, terutamanya dalam pembangunan berasaskan awan.

Pada masa yang sama, Microsoft turut menamakan Bill Gates sebagai penasihat teknologi Microsoft yang baru, dan akan menghabiskan lebih masa di syarikat disamping membantu Nadella dalam membentu hala tuju teknologi dan produk syarikat berkenaan.


TIPS & ULASAN