Firefox 27 Sedia Untuk Dimuat-Turun Pengguna Windows, Mac, Linux Dan Android

Firefox 27 Sedia Untuk Dimuat-Turun Pengguna Windows, Mac, Linux Dan Android

Diterbitkan pada Feb 5, 2014 oleh .

Pihak Mozilla kini telah pun mengeluarkan pelayar web terbaru mereka untuk pengguna desktop dan juga Android, dimana melalui Firefox 27, ia hadir dengan beberapa penambahan baru untuk pengguna desktop mahupun pada Android.

Firefox 27 untuk desktop kini menyertakan sokongan Social API yang dikemaskini, sekaligus membawakan sokongan integrasi sosial daripada lebih banyak rangkaian sosial. Sebelum ini, ia telah diperkenalkan pada tahun 2012, menyertakan kemudahan untuk pengguna mengikuti kemaskini Facebook dengan mudah. Melalui kemaskini baru ini, ia turut menyertakan sokongan Delicious pada pelayar web berkenaan.

Disamping itu, Firefox 27 turut menyertakan sokongan protokol SPDY 3.1 pada pelayar web, disamping pelbagai penambah-baikkan pada sistem pelayar web berkenaan.

Untuk Android pula, selain penambah-baikkan pada bahagian sistem, ia turut menyertakan sokongan platform WebRTC dan beberapa bahasa tambahan baru untuk pelayar web berkenaan.

Pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 27 ini ataupun mengemaskini pemasangan sedia ada anda.

Muat-Turun Firefox 27 untuk Android

Muat-Turun Firefox 27 untuk desktop


TIPS & ULASAN