Cari @ Amanz

Facebook pada malam semalam telah memperkenalkan Facebook “A Look Back” dalam membolehkan pengguna melihat detik-detik menarik mereka di Facebook sejak menyertainya. Memandangkan ramai yang mengemarinya, semestinya ada yang ingin memuat-turun dan menyimpan video tersebut sebagai kenangan.

Facebook Lookback

Untuk memuat-turunnya dengan mudah, beberapa pembangun telah hadir dengan script khas yang boleh dijalankan pada Chrome, dan mendapatkan pautan muat-turun untuknya.

Salah satu yang telah kami uji adalah daripada xadhik. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu;

  1. Membuka laman Facebook “A Look Back” pada Chrome
  2. Menyalin kod khas dari laman GitHub xadhik
  3. Tekan kekunci CTRL + SHIFT + J pada tab Facebook “A Look Back” berkenaan.
  4. Tampal kod berkenaan, dan tekan “Enter”
  5. Klik kanan pada pautan yang hadir, dan muat-turun video anda

Facebook LookBack Download

Facebook LookBack Download

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd